Khas Kepada Ibu Bapa Yang Mencari Sekolah Rendah Islam Integrasi Di Ukay Perdana

MPT4Darjah 4 UPKKDarjah 5 PSRADarjah 6
[SESI 2027] Terhad Kepada 50 Murid Pendaftaran Baru Sahaja!

Adakah Anda Sedang Mencari...

Sekolah rendah yang menawarkan integrasi silibus KSSR & KAFA?
Sekolah agama untuk KAFA Pagi / KAFA Petang sahaja?
Sekolah agama yang ada silibus TAHFIZ untuk anak?
Sekolah yang komited dengan disiplin dan bebas dari budaya buli?
Sekolah yang berpatutan dengan bilangan pelajar yang kecil?

Kenapa Anda MESTI Daftarkan Anak Ke SRIUP?

🍲 3x Makan Percuma

Sarapan, Makan Tengahari & Minum Petang disediakan percuma. Jimat belanja harian anak anda.

⏰ Tiada Cas OT Tertutup

Bagi sesi penuh, anak anda boleh berada di sekolah dari 7.00 Pagi hingga 7.00 Petang tanpa sebarang cas lebih masa (OT).

🏫 Beroperasi Waktu Cuti Sekolah

Kelas tambahan dijalankan pada cuti sekolah panjang. Ibu bapa bekerja tidak perlu bayar yuran pusat transit luar.

👩‍🏫 Fokus Maksimum

Hanya 21-25 orang murid setiap kelas. Anak-anak mendapat perhatian dan kasih sayang guru sepenuhnya.

❄️ Fasiliti Kondusif

Ruang kelas selesa dilengkapi kipas dan penghawa dingin. Surau dan bilik persalinan berasingan disediakan.

📈 Hala Tuju Jelas

Membantu peluang pelajar menyambung ke sekolah menengah agama swasta terkemuka atau aliran perdana kelak.

Persekitaran Pembelajaran Murid Kami

Info Lanjut Program Kami

  • Bagi pelajar Sesi Penuh, ibu bapa boleh hantar anak seawal 7.00 Pagi dan ambil selewat 7 Petang TANPA SEBARANG CAS OT.
  • Bagi pelajar KAFA Pagi boleh hadir seawal Pukul 7.00 Pagi manakala pelajar KAFA petang paling lewat ambil pukul 7.00 Petang.
  • Cas OT hanya dikenakan sekiranya hantar lebih awal atau ambil anak lewat (RM42 Per Jam).
  • Pendidikan bermula dari saat pelajar jejak kaki masuk sekolah. Mereka didedahkan doa harian, adab, dan WAJIB solat berjemaah 3 waktu (Dhuha, Zohor, Asar).
  • Maksima 25 orang sahaja bagi memastikan murid fokus dan mendapat perhatian penuh guru.
  • Kelas di SRIUP selesa dilengkapi kipas dan penghawa dingin.
  • Mempunyai bilik persalinan lelaki & perempuan berasingan serta fasiliti Surau khas.
  • Bagi meringankan beban ibu bapa, kami menyediakan 3x hidangan berkhasiat secara percuma untuk pelajar.
  • Terdiri daripada van rasmi sekolah dan rakan niaga. Diwajibkan mencarum takaful kemalangan yang kami sediakan.

Program Yang Ditawarkan (Darjah 1 - 6)

← Tatal ke tepi untuk lihat pakej lain →

Program Akademik 1 Program Akademik 2 Program Akademik 3
👇 Sentuh untuk lihat

Program Akademik Sahaja

Sesi Pagi Sahaja
  • Belajar Silibus KSSR (Aliran Perdana)
  • Dual Language KSSR Program
  • Kelas Membaca Al-Quran
  • Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
  • Kelas PKSK (Bermula Darjah 6)
  • Matriks MPT4 (Darjah 4)
  • Program Tahunan bermarkah PAJSK, Kelab & Persatuan
Program KAFA 1 Program KAFA 2 Program KAFA 3
👇 Sentuh untuk lihat

Program KAFA Sahaja

Sesi Pagi & Petang
  • Belajar Silibus KAFA (JAIS & JAKIM)
  • Kelas Al-Quran & Hafazan
  • Ujian Akhir Sesi KAFA (UASK)
  • Peperiksaan UPKK (Darjah 5)
  • Peperiksaan PSRA (Darjah 6)
  • Program Tahunan bermarkah PAJSK, Kelab & Persatuan
Program TinyMuslim 1 Program TinyMuslim 2 Program TinyMuslim 3
👇 Sentuh untuk lihat

TinyMuslim Program

Program Fardhu Ain
  • Khusus bagi murid yang tidak mampu mendaftar Sesi Penuh/KAFA untuk mendapat asas agama yang kukuh.
  • Belajar Fardhu Ain & Fardhu Kifayah
  • Fokus Membaca & Menghafal Al-Quran
  • Amali Solat Fardhu & Solat Sunat
  • Wirid, Doa, Sirah & Keperibadian Muslim
  • Peperiksaan penilaian dalaman disediakan

Aktiviti & Program Tahunan Kami

Pendidikan di SRI Integrasi Al-Istiqamah tidak terhad di dalam bilik darjah. Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk membina sahsiah dan potensi anak-anak.

← Tatal ke tepi untuk lihat program lain →

Lawatan Sambil Belajar 1 Lawatan Sambil Belajar 2 Lawatan Sambil Belajar 3
👇 Sentuh untuk lihat

Lawatan Sambil Belajar

Mendedahkan murid dengan pengalaman pembelajaran dunia sebenar di luar bilik darjah yang lebih menyeronokkan.

Hari Amal Islami

Platform mengasah bakat murid melalui pelbagai pertandingan seperti melaungkan azan, khutbah, bercerita, dan nasyid.

Sambutan Kemerdekaan

Memupuk semangat patriotisme, menghargai keamanan, dan menanam rasa cintakan negara sejak dari bangku sekolah.

Maulidur Rasul

Menghayati sirah dan menanam rasa kecintaan yang sangat mendalam ke dalam jiwa anak-anak kepada Baginda Nabi SAW.

Sambutan Hari Guru 1 Sambutan Hari Guru 2 Sambutan Hari Guru 3
👇 Sentuh untuk lihat

Sambutan Hari Guru

Mendidik murid erti berterima kasih dan meraikan jasa para asatizah yang mendidik mereka tanpa kenal erti jemu.

Kem Kecemerlangan 1 Kem Kecemerlangan 2 Kem Kecemerlangan 3
👇 Sentuh untuk lihat

Kem Kecemerlangan

Program intensif bagi membina jati diri, memupuk sifat kepimpinan, dan menyuntik motivasi murid untuk terus cemerlang.

Hari Ihtifal Tahunan 1 Hari Ihtifal Tahunan 2 Hari Ihtifal Tahunan 3
👇 Sentuh untuk lihat

Hari Ihtifal Tahunan

Majlis anugerah kecemerlangan dan graduasi penuh gilang-gemilang bagi meraikan pencapaian akademik dan sahsiah murid.

Sambutan Hari Raya 1 Sambutan Hari Raya 2 Sambutan Hari Raya 3
👇 Sentuh untuk lihat

Sambutan Hari Raya

Mengeratkan ukhuwah dan memeriahkan suasana perayaan bersama seluruh warga asatizah dan rakan-rakan di sekolah.

Temasya Sukan Tahunan 1 Temasya Sukan Tahunan 2 Temasya Sukan Tahunan 3
👇 Sentuh untuk lihat

Temasya Sukan Tahunan

Memupuk semangat kesukanan, gaya hidup sihat, dan kerjasama berpasukan melalui pelbagai acara sukan dan sukaneka yang menyeronokkan.

Lokasi Cawangan Kami

Pusat Didikan Al-Istiqamah beroperasi di dua cawangan utama bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak dari peringkat tadika hingga ke sekolah rendah.

Cawangan Ukay Perdana

🏫 SRI Integrasi Al-Istiqamah 🧒 Tadika Islam Al-Istiqamah - Ukay Perdana
Tadika & Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah
No 6-1A, Jalan UP 1/7, Taman Ukay Perdana,
68000 Ampang, Selangor.
📍 Buka Google Maps

Cawangan Taman Permata

🧒 Tadika Islam Al-Istiqamah - Taman Permata
Tadika Islam Al-Istiqamah
No 108, Jalan AU5, Lembah Keramat,
54200 Kuala Lumpur.
📍 Buka Google Maps

Lencana & Uniform Rasmi

Penampilan yang kemas dan menutup aurat adalah sebahagian daripada disiplin dan identiti kebanggaan pelajar SRI Integrasi Al-Istiqamah.

Lencana Sekolah

Lencana Rasmi SRIUP

Pakaian Seragam

Uniform Rasmi SRIUP
Promo Early Bird · Tempat Terhad

Yuran & Pendaftaran Sesi 2027

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Istiqamah · Umur 6 – 12 Tahun · 3 pilihan pakej

Pilih pakej untuk lihat struktur yuran:

🎉 Ada harga promosi early bird untuk Sesi Penuh. Lihat di bawah ↓

Pecahan Yuran 2027 · Sesi Penuh

Harga normal sebelum diskaun
AYuran Pendaftaran Tahunan
PerkaraDarjah 1–3Darjah 4–6
Pendaftaran tahunanRM500RM500
Bahan bantu mengajar tahunanRM1,500RM2,000
Peperiksaan & buletinRM700RM700
Takaful tahunanRM100RM100
Jumlah (A)RM2,800RM3,300
CYuran Deposit
PerkaraDarjah 1–3Darjah 4–6
Yuran bulan DisemberRM600RM700
Deposit penggunaan loker tahunanRM200RM200
Jumlah (C)RM800RM900
DYuran Bulanan
PerkaraDarjah 1–3Darjah 4–6
Yuran bulananRM600RM700
Jumlah (D)RM600RM700
BYuran Buku, Uniform & Aktiviti
PerkaraDarjah 1–3Darjah 4–6
Uniform rasmi sekolah (2 pasang)RM300RM300
Jersi kokurikulum sehelaiRM65RM70
Jersi sukan sehelaiRM65RM70
Buku teks KSSR & KAFARM300RM300
LawatanRM250RM250
Hari Amal IslamiRM200RM200
Temasya sukan tahunanRM200RM200
Hari IhtifalRM250RM250
Jumlah (B)RM1,630RM1,640

Jumlah Yuran Pendaftaran (A)+(B)+(C)+(D)

Darjah 1 – 3RM5,830Bulanan normal RM600
Darjah 4 – 6RM6,540Bulanan normal RM700
Satu yuran, tiga peperiksaan utama

MPT4 (Darjah 4) · UPKK (Darjah 5) · PSRA (Darjah 6). Murid belajar silibus KSSR, KAFA dan Tahfiz, 7.00 pagi – 7.00 petang tanpa caj OT.

Tapi tunggu dulu...

Daftar awal & jimat sehingga RM3,243!

Harga promosi early bird untuk yang booking tempat sebelum 12/12/2026.

Harga promosi tamat dalam:

--Hari
--Jam
--Minit
--Saat

Promosi tamat 12/12/2026. Tempat terhad.

Tawaran Istimewa Harga ini HANYA untuk yang booking tempat sebelum 12.12.2026. Jangan terlepas!
Yuran Pendaftaran · Darjah 1 – 3 RM5,830 RM2,997 Jimat RM2,833
Yuran Pendaftaran · Darjah 4 – 6 RM6,540 RM3,297 Jimat RM3,243

Yuran Bulanan Sesi Penuh

Darjah 1 – 3

7.00 pagi – 7.00 petang

RM600

RM550600/bulan

Jimat RM50 sebulan!

  • Silibus KSSR + KAFA + Tahfiz
  • Tiada caj OT sehingga 7.00 petang

Bayar booking tempat RM500 sebelum 12 Disember 2026 untuk kunci harga promosi!

Tempat Terhad

Soalan Lazim Yuran

⚠️ Notis Diskaun: bila harga promosi tamat?
Harga promosi Sesi Penuh dan KAFA + Tahfiz hanya untuk yang booking tempat sebelum 12/12/2026. Pendaftaran selepas itu akan dikenakan harga normal seperti dalam pecahan yuran di atas.
Polisi tiada bayaran balik & deposit
Pendaftaran pada harga promosi tidak dikenakan yuran bulan Disember dan deposit loker. Semua pendaftaran pada harga promosi adalah muktamad. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya murid berhenti sebelum tamat sesi, termasuk yuran aktiviti yang belum dilaksanakan (contoh: lawatan). Yuran bulan Disember ialah yuran bulanan bagi bulan Disember yang dibayar awal semasa pendaftaran (bukan deposit). Satu-satunya deposit ialah deposit loker.
Polisi tiada bayaran balik & deposit
Pendaftaran pada harga promosi tidak dikenakan yuran bulan Disember dan deposit loker. Semua pendaftaran pada harga promosi adalah muktamad. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya murid berhenti sebelum tamat sesi, termasuk yuran aktiviti yang belum dilaksanakan (contoh: Hari Ihtifal). Yuran bulan Disember ialah yuran bulanan bagi bulan Disember yang dibayar awal semasa pendaftaran (bukan deposit). Satu-satunya deposit ialah deposit loker.
Polisi tiada bayaran balik & deposit loker
Yuran pendaftaran RM960 termasuk yuran bulanan bagi bulan pertama. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya murid berhenti sebelum tamat sesi, kecuali deposit loker RM200. Deposit loker akan dipulangkan setelah tamat sesi persekolahan tahunan atau apabila murid berhenti, dengan syarat loker tidak rosak. Jika loker rosak, deposit akan digunakan untuk kos pembaikan dan baki (jika ada) akan dipulangkan.
Bayaran booking tempat RM500 ini boleh dikembalikan?
Tidak. Bayaran booking/pendaftaran tidak dikembalikan kerana ia digunakan terus untuk persediaan kemasukan setiap murid, termasuk kos pemfailan dan sistem pengurusan pelajar.
Boleh saya bayar yuran pendaftaran secara penuh terus?
Boleh. Tuan/Puan hanya perlu WhatsApp kerani sekolah untuk temujanji di sekolah.
Ada pelan bayaran ansuran?
Ada. WhatsApp kami di +6019-287 1036 untuk jadual bayaran ansuran.
Apakah kaedah bayaran yang diterima?
Bank transfer, manual bank-in, terminal kad, JomPAY (kad kredit & debit) dan e-wallet seperti Boost & Touch 'n Go. Bayaran secara tunai tidak digalakkan.
Bila perlu bayar yuran bulanan?
Invois yuran bulanan dihantar ke emel penjaga bermula 20hb setiap bulan dan perlu dibayar sebelum 7hb bulan berikutnya. Contohnya, invois bulan 3/2027 dikeluarkan pada 20/2/2027 dan perlu dibayar sebelum 7/3/2027.
Apa berlaku jika yuran bulanan lewat dibayar?
Sekiranya yuran bulanan tidak dilangsaikan selewat-lewatnya 7hb, anak tidak dibenarkan hadir ke sekolah sehingga semua tunggakan dilangsaikan. Kami doakan Allah murahkan rezeki Tuan/Puan supaya kami dapat fokus sepenuhnya mendidik anak-anak.

Daftar Online Sesi 2027

Isi borang di bawah dan bayar booking tempat RM500 untuk kunci harga promosi. Pilih cawangan dan program anak anda.

Borang pendaftaran akan dipaparkan di sini.

Buka borang pendaftaran

Borang tidak dipaparkan? Buka borang pendaftaran

🎁 Bonus: Cabutan Bertuah 2027

Daftar & Bayar Booking — Nama Anak Terus Masuk Cabutan Bertuah!

Setiap anak yang didaftarkan untuk Sesi 2027 = 1 peluang menang. Automatik, tanpa sebarang bayaran tambahan.

Hadiah Utama

PERCUMA yuran bulanan November 2027

+ 1 jersi kokurikulum percuma

Hadiah 2

Diskaun 50% yuran bulanan November 2027

+ 1 jersi kokurikulum percuma

Hadiah 3

Diskaun 50% yuran bulanan November 2027

Cara Menyertai

  1. 1

    Isi borang pendaftaran di bawah

  2. 2

    Bayar booking tempat RM500

  3. 3

    Nama anak terus masuk Cabutan Bertuah. Cabutan pada 30 April 2027

Booking sebelum 12/12/2026 = harga promosi early bird + peluang menang Cabutan Bertuah. Daftar lebih ramai anak, lebih banyak peluang!

Ada kod diskaun daripada kawan? Masukkan dalam borang untuk potongan RM50 bagi booking tempat.

Terma: Terbuka kepada murid baharu Sesi 2027 yang telah membayar booking tempat (tidak termasuk pakej KAFA Tiny Muslim). 1 penyertaan bagi setiap anak. Cabutan pada 30 April 2027. Hadiah ditolak daripada yuran bulanan program utama bulan November 2027 (tidak termasuk yuran kelab, badan beruniform, van dan katering) dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai. Tempahan yang dibatalkan/dipulangkan tidak layak. Pemenang yang didapati tidak layak semasa semakan data KPM/JAIS akan ditarik balik hadiahnya tanpa cabutan semula. Keputusan pihak pengurusan sekolah adalah muktamad.